Usah Jadikan Demonstrasi Jalanan Sebagai Budaya: Najib

Diterbitkan: Ahad, 10 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib kelihatan bersemangat ketika menyampaikan ucapannya pada Majlis Penerangan Perdana di PWTC, Ahad. Foto THE STAR/AZMAN GHANI
Najib kelihatan bersemangat ketika menyampaikan ucapannya pada Majlis Penerangan Perdana di PWTC, Ahad. Foto THE STAR/AZMAN GHANI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan rakyat supaya tidak menjadikan demonstrasi jalan sebagai budaya di negara ini.

"Kita tidak suka keadaan huru-hara. Kita suka keamanan dan mahu hidup dalam suasana aman dan harmoni...bukan tunjuk kekerasan kepada mana-mana pihak," katanya mengenai perhimpunan Bersih ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pagi Ahad.

Menurut Najib, Umno tetap menghormati undang-undang negara dan mengamalkan sistem demokrasi sejak kerajaan ditubuhkan kerana ia sentiasa mempertahankan Perlembagaan serta institusi Diraja.

"Kita akan terus mempertahankan sistem demokrasi dan tidak takut menghadapi pembangkang pada pilihan raya umum apabila tiba masanya nanti," ujarnya.

Beliau berkata, Umno boleh menggumpul ahli yang lebih besar berbanding penyokong pembangkang yang membuat demonstrasi tetapi enggan bertindak sedemikian kerana menghormati undang-undang negara.

"Kekuatan kita jelas, jangan ada sesiapa yang sangsi dengan kekuatan yang kita ada. Mereka sasar kumpul 300,000 penyokong, tapi yang datang hanya 10,000 orang.

"Tapi Umno ada tiga juta ahli...kita kumpul satu juta pun dah cukup. Kita dah tawan Kuala Lumpur dengan satu juta ahli Umno, kita boleh lawan, semalam kita hanya bagi wakil kita Ketua Pemuda saja turun.

"Dia sanggup...merasa duduk lokap lapan jam. Itu baru sikit. Kita boleh turunkan angkatan kita. Kalau nak buat porak-peranda kita boleh tapi kita berhimpun di dewan ini kerana menjunjung prinsip undang-undang negara," katanya.

Sementara itu, Najib memberitahu kerajaan khususnya Umno akan bangkit selepas tragedi huru-hara yang dicetuskan pembangkang di ibu negara pada Sabtu.

Beliau berkata, Umno tidak gentar untuk melaksanakan pilihan raya bersih dan adil bahkan mereka akan melakukan penambahbaikan bagi memantapkan jentera Barisan Nasional (BN).

"Kita akan berpadu dengan bangsa lain untuk menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Apabila dah bersatu-padu kita minta Yang di-Pertuan Agong untuk bubar Parlimen. Kita nak dunia menghormati Umno," kata Najib di akhir ucapannya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan