Lynas Pasang Alat Pemantau Radiasi Di Kilang Tiga Bulan Lagi

Diterbitkan: Ahad, 10 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kilang pemprosesan nadir bumi yang diusahakan Syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia, akan memasang dua unit alat khas bagi memantau bahan radioaktif dalam kandungan udara di dua lokasi tapak kilang itu di Gebeng tidak lama lagi.

Pengarah Urusan Lynas Malaysia Sdn Bhd Datuk Mashal Ahmad berkata alat yang dikenali sebagai Sistem Pemantauan Radiasi Alam Sekitar jenis aerosol itu bernilai RM700,000 setiap satu, dan dibeli dari Austria.

Beliau berkata kedua-dua alat itu akan diserahkan kepada pihak Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk dikendalikan operasinya setiap masa.

"Sebuah alat itu akan diletakkan di tapak pejabat AELB di sini, manakala sebuah lagi akan ditentukan lokasinya kemudian, dan orang ramai, khususnya penduduk, boleh datang sendiri untuk lihat bacaan yang dicatatkan alat ini," katanya kepada pemberita selepas lawatan Ketua Pengarah AELB Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan ke pejabat sementara lembaga berkenaan di tapak kilang itu Ahad.

Mashal berkata alat pemantau khas itu berupaya mengesan segala jenis bahan radioaktif yang terdapat dalam udara, dan ia dilihat amat signifikan dengan operasi projek kilang bernilai RM2 bilion itu.

"Unit pertama akan sampai dalam jangka masa tiga bulan lagi, dan untuk itu, pegawai-pegawai yang berkaitan akan diberikan latihan dan sebagainya terlebih dahulu bagi mengendalikan alat itu nanti," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pejabat sementara AELB menempatkan empat pegawai bagi mengawal selia operasi kilang sepanjang masa, selain berperanan sebagai kediaman sementara mereka.

Pada majlis itu, Lynas turut menjemput kira-kira 200 penduduk kampung berdekatan bagi meninjau di sekitar kilang tersebut bagi memberikan gambaran lebih jelas tentang pembinaan dan operasinya.

Baru-baru ini, isu kilang itu mencetuskan kontroversi apabila beberapa pihak membantah pembinaannya kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan orang ramai.

Bagaimanapun, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memutuskan kilang itu adalah selamat namun syarikat Australia itu perlu melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan dalam pelbagai bidang sebelum meneruskan operasi.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan