Tiada Siapa Terlepas Daripada Tindakan Termasuk Penyokong Kerajaan- PM

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tanpa mengira individu berkenaan menentang atau menyokong kerajaan, mereka yang melanggar undang-undang negara tidak akan terlepas daripada tindakan tegas pihak polis, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini kerana polis bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan negara daripada pelbagai anasir yang boleh mencetuskan huru-hara dan mengganggu-gugat keharmonian negara.

Beliau berkata kerajaan mencadangkan pihak berkenaan mengadakan perhimpunan di stadium, di mana mereka boleh berhimpun dan membuat ucapan dengan aman serta mengemukakan tuntutan mereka.

"Itu tawaran sangat baik yang disediakan oleh kerajaan. (Sekarang) kalau ada tindakan dia kena hadapilah sama ada dia sokong kerajaan atau menentang kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah Kejohanan Sukan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia di Stadium Negeri di sini, Sabtu.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan beberapa pemimpin kanan parti pembangkang serta Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mengetuai perhimpunan kumpulan Patriot di Jalan Bukit Bintang, serta Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan