Prasarana Buka Semula Stesen Monorail, LRT

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga stesen monorail -- KL Sentral, Tun Sambathan dan Chow Kit -- dibuka kembali pada pukul 5 petang ini selepas ditutup secara berperingkat mulai 10.10 pagi tadi atas arahan polis, demikian menurut Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana).

Stesen-stesen perkhidmatan LRT di Pasar Seni, KL Sentral, Masjid Jamek dan Dang Wangi kecuali KLCC yang ditutup sejak 4 petang tadi, kembali dibuka pada pukul 6 petang, menurut pengendali pengangkutan awam Transit Aliran Ringan (LRT), KL Monorail dan bas RapidKL itu.

Pengurus Media Prasarana Azhar Ghazali berkata walaupun stesen-stesen tersebut ditutup tetapi perkhidmatan tren berjalan seperti biasa kecuali ia tidak berhenti di stesen-stesen yang ditutup.

"Tindakan penutupan beberapa stesen LRT, monorail secara berperingkat tidak dapat dielakkan berikutan terpaksa akur dengan arahan pihak polis demi menjamin keselamatan orang awam," katanya ketika dihubungi di sini Sabtu.

Mengenai pembukaan semula stesen LRT KLCC, beliau berkata maklumat terkini akan dikemaskini menerusi twitter myrapid dan laman sosial Facebook RapidKL.

Azhar juga berkata berlaku kelewatan dalam perkhidmatan bas RapidKL ke destinasi ekoran penutupan jalan di ibu negara.

"Kami cuba sedaya upaya menggunakan laluan asal, tetapi mana-mana laluan yang ditutup, bas akan dilencongkan ke laluan alternatif. Ini mungkin mengambil masa untuk sampai ke destinasi," katanya sambil memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku terhadap gangguan perkhidmatan mereka.

Sementara itu Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam laman webnya www.llmtraficupdate.com mengumumkan laluan trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dan Lebuhraya Kesas Sdn Bhd telah dibuka kepada semua laluan bermula 5 petang tadi. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan