Perkasa Batal Perhimpunan Anti-Bersih

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengambil keputusan untuk membatalkan perhimpunan anti Bersih pada Sabtu.

Bagaimanapun, Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa akan tetap berusaha untuk mendapatkan stadium dan permit perhimpunan daripada polis sebelum pukul 2 petang Sabtu.

"Buat masa ini batal, tapi kita akan berusaha untuk mendapatkan stadium walaupun masa sudah suntuk. Kalau dapat kita akan pohon permit polis," katanya pada sidang media di Kelab Sultan Suleiman di sini Jumaat.

Pada pagi Jumaat, Perkasa menerima satu kenyataan daripada Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner, Zakaria Pagan yang menolak permohonan permit Perkasa untuk berhimpun di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu, polis menolak permohonan permit tersebut kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menguruskan stadium berkenaan tidak meluluskan tempahan mereka ekoran sebuah pertubuhan sukan telah melakukan tempahan awal bagi tujuan aktiviti sukan mereka.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Masberkata, pihaknya pernah mengemukakan permohonan untuk menggunakan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Stadium TNB sebelum ini tetapi kesemuanya ditolak.

"Selepas usaha untuk menggunakan keempat-empat stadium itu gagal, Setiausaha Agung Perkasa akan cuba menghantar permohonan bagi mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Selayang untuk menggunakan Stadium Selayang," ujarnya.

Berikutan pembatalan itu, Ibrahim juga tidak akan menghalang mana-mana ahli Perkasa yang telah mendaftar untuk perhimpunan itu 'bersiar-siar'di sekitar ibu negara khususnya di Taman Tasik Titiwangsa sekiranya mereka ingin berbuat demikian.

"Saya tidak akan larang mereka yang ingin 'bersiar-siar bersama keluarga di Taman Tasik Titiwangsa dan kawasan bukan larangan pada hujung minggu sekiranya masih gagal mendapatkan stadium dan permit polis. Segalanya bergantung kepada mereka," katanya.

Ekoran sebahagian besar ahlinya tidak dibenarkan memasuki ibu negara, Ibrahim menggesa Yang Dipertua Perkasa seluruh negeri supaya membuat laporan polis terhadap Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevanesan yang didakwa menerima dana daripada pihak luar untuk membiayai perhimpunan tersebut.

"Laporan polis yang banyak perlu dibuat agar polis dapat mengambil tindakan tegas terhadap Ambiga. Malah ia akan jadi rangsangan kepada polis untuk lakukan siasatan bagi menjaga keamanan negara.

"Kita nak tahu dari kumpulan mana dia dapat dana itu? Negara mana yang nak rosakkan negara kita? Polis perlu siasat sehingga ke akar umbi berhubung perkara tersebut," katanya.

Sementara itu, beliau turut menyatakan rasa kesal terhadap Ambiga walaupun yang diberi penghormatan menghadap Yang di-Pertuan Agong, beliau masih berkeras untuk mengadakan perhimpunan BERSIH di Stadium Merdeka.

"Perempuan ini (Ambiga) memang biadap. Ambiga langsung tidak hormat. Dia tidak mengerti budaya masyarakat Asia dan orang Melayu," katanya.

Ibrahim berkata pihaknya turut memohon mengadap Tuanku Mizan pada Khamis sebagai pertubuhan Melayu yang mempertahankan Institusi Raja.

Bagaimanapun, pihaknya menerima jawapan dari pihak Istana yang menyatakan Perkasa tidak dapat bertemu kerana Tuanku mempunyai urusan lain yang telah diatur.

"Kita terima baik dan kita tetap memberi taat setia kepada institusi raja, sebab sistem kita, raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen," katanya.

Ketika ditanya mengenai larangan mahkamah memasuki Kuala Lumpur terhadap beliau, Ibrahim berkata; Saya tak boleh keluar... jadi kena duduk rumah. Saya kena ikut perintah mahkamah. Kalau saya keluar pun, saya tidak akan masuk kawasan larangan.

Pada Khamis, polis Kuala Lumpur memperoleh perintah daripada mahkamah untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada Sabtu ini.

Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut daripada Perkasa, Bersih 2.0 dan Patriot supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan