Patriot: Khairy, Abdul Azeez Ditangkap

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pertembungan antara penunjuk perasaan dan pasukan FRU. - Foto THE STAR Oleh ONG SOON HIN
Pertembungan antara penunjuk perasaan dan pasukan FRU. - Foto THE STAR Oleh ONG SOON HIN

KUALA LUMPUR: Empat pemimpin tertinggi pergerakan Pemuda Umno termasuk Ketuanya, Khairy Jamaluddin ditahan sekitar pukul 2.45 petang kerana berdegil untuk meneruskan perhimpunan Patriot yang bermula di Jalan Bukit Bintang di sini, petang Sabtu.

Tiga yang lain adalah Penolong Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdaus Megat Junid; Exco Pemuda Umno, Lokman Adam dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Berlaku pertembungan di antara kumpulan itu dengan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Tindakan itu menyebabkan pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah penyokong Patriot.

Beberapa penyokong perarakan itu turut ditahan.

Tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan akibat perarakan itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan