Keadaan Di Sekitar Bandaraya Terkawal Menjelang 5 Petang

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram di sekitar bandaraya Sabtu akhirnya bersurai mulai 5 petang, namun polis masih berada di lokasi tertentu bagi memastikan keadaan kembali tenteram seperti sedia kala.

Menjelang 6 petang, beberapa kawasan yang sebelum ini sesak kerana menjadi tumpuan demonstrasi jalanan, menjadi lengang manakala lalu lintas kembali pulih apabila peserta demonstrasi meninggalkan lokasi tersebut.

Tinjauan Bernama mendapati polis masih meneruskan sekatan jalan raya di jalan utama menuju pusat bandaraya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu sidang akhbar di Bukit Aman, keadaan sekitar bandaraya terkawal mulai 5 petang.

Bagaimanapun, beliau berkata polis akan memantau keadaan.

Lebih 1,000 orang ditahan dalam demonstrasi itu, termasuk penganjur Datuk S Ambiga serta pemimpin parti Pakatan Rakyat.

Di Stadium Merdeka, beberapa trak yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat meninggalkan lokasi, manakala peserta perhimpunan sudahpun bergerak dari kawasan tersebut kira-kira 5 petang.

Premis perniagaan di sekitar Bintang Walk, Bukit Bintang kembali beroperasi sejak 3.30 petang, manakala pelancong asing dilihat berada di kawasan yang menjadi tumpuan.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan