Bersih 2.0: 21 Orang Ditahan Sejak Malam Jumaat - Berita Semasa | mStar

Bersih 2.0: 21 Orang Ditahan Sejak Malam Jumaat

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan 21 orang di sekitar ibu kota, setakat pukul 9 pagi ini, kerana disyaki mahu melibatkan diri dalam rancangan mengadakan perhimpunan haram.

Jurucakap polis Bukit Aman berkata kesemua lelaki itu berumur antara 16 dan 60 tahun.

Katanya 17 orang ditahan sejak malam tadi manakala empat lagi ditahan pagi ini.

"Seorang telah dilepaskan dengan jaminan polis manakala 20 orang lagi sedang dalam proses dokumentasi," katanya ketika dihubungi Bernama Sabtu.

Sementara itu, semua jalan masuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur ditutup manakala trafik di kawasan sekitar lancar dengan polis trafik memberi nasihat mengenai laluan lencongan kepada pengguna.

Jurucakap Balai Polis Trafik Bandar Tun H.S Lee berkata trafik sedikit sesak di Lebuhraya Persekutuan, Subang, Batu 3 Shah Alam dan Petaling Jaya.

"Kita dah tempatkan anggota dan pegawai kita di lokasi lencongan untuk beritahu orang ramai jalan-jalan mana yang boleh diikuti," katanya kepada Bernama.

Jurucakap Trafik Selangor pula berkata keadaan trafik di jalan-jalan lain di sekitar Selangor adalah seperti biasa dan terkawal. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan