Rakyat Malaysia Dipelawa Sertai Pertandingan Mesej Dan Reka Poskad Hari Jadi PM

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sempena hari jadi ke-58 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Julai ini, Akademi Digital Rakyat (ADR) mempelawa rakyat menghantar mesej atau mereka poskad menerusi pertandingan yang bermula Jumaat sehingga 23 Julai.

Diadakan dengan kerjasama Yayasan Media Sosial Malaysia (MSMF), pertandingan itu bertujuan menghargai jasa Perdana Menteri yang gigih berusaha memastikan kemakmuran, kesejahteraan dan kestabilan rakyat.

Berucap pada pelancaran pertandingan di sini hari ini, Pengerusi MSMF Datuk Seri Azman Ujang berkata rakyat harus menggunakan kesempatan itu untuk menghantar mesej yang tulus selain memberi kata-kata semangat kepada Najib.

Mesej dan rekaan poskad boleh dihantar menerusi laman web www.poskaduntukpm.com.my, katanya.

Azman berkata ini adalah inisiatif kedua MSMF selepas mengadakan pertandingan serupa untuk Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang melancarkan pertandingan tersebut, berkata program berkenaan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia tampil berinteraksi dengan Perdana Menteri.

"Interaksi ini bukan untuk berbentuk negatif, sebaliknya dilakukan secara berbudi bahasa, sopan santun, mesra dan amat positif," katanya.

Katanya semua mesej akan dinilai dan dihantar kepada Perdana Menteri untuk mesej yang paling kreatif, manakala poskad pula boleh berbentuk grafik dan animasi.

"ADR akan menyediakan tiga hadiah utama berupa iPhone untuk mesej ucapan terbaik dan tiga lagi hadiah utama berupa iPad untuk reka cipta poskad yang tercantik dan terbaik," katanya.

Beliau berkata panel penilaian diketuai penulis blog Datuk Akhirudin Atan, dan dianggotai Tan Sri Lim Kok Wing, Azmi Abd Rahman, Daphne Iking serta Harminder Singh. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan