Profesor Punya Peranan Penting Membentuk Minda Warga Berkualiti Malaysia - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata para profesor dan komuniti berilmu di negara ini punya peranan penting bagi membentuk set minda golongan muda yang betul yang dapat membantu mencapai matlamat puncak transformasi negara.

Oleh itu, kata Perdana Menteri, profesor yang merupakan aset kepada negara, harus bekerja sama sebagai agen perubahan dan transformasi.

"Kita mesti tentukan tidak saja kita mempunyai sistem tetapi juga budaya yang menyokong komitmen untuk mengetengahkan milik terbaik kita dari segi komuniti berilmu dan apa yang mereka boleh sumbangkan kepada negara," kata beliau dalam ucaptama pada perasmian Kongres Profesor Kebangsaan di sini malam Khamis.

Beliau berkata perubahan demikian hanya dapat dihasilkan jika institusi pengajian tinggi dapat membentuk sistem yang betul, budaya yang betul, set minda yang betul dan sikap yang betul.

"Kita tidak saja mahu melahirkan orang akademik, tetapi juga mahu melahirkan minda yang benar-benar terpelajar bagi bangsa ini.

"Mereka mesti berupaya berfikir dan menyelidik dengan bijak. Dan itulah kualiti golongan muda Malaysia yang perlu kita lahirkan untuk masa depan kita," ujar beliau.

Najib berkata dalam menimba ilmu bagaimanapun politiking tidak harus menjadi sebahagian daripada budaya, dan politik di universiti harus berada di tahap minimum.

Beliau berkata bila kreativiti dan inovasi digariskan sebagai batuan asas baru strategi pembangunan negara, komuniti akademik khususnya Profesor menjadi komponen utama strategi dan juga dalam pelaksanaannya.

Beliau berkata ketika negara bergerak ke depan, Malaysia perlu bekerja keras bagi mempertingkat kapasiti aset pengetahuannya bagi mentransform masyarakat dan ekonomi.

"Hanya menerusi pengukuhan asas pengetahuan kita, sebuah negara seperti Malaysia dapat mengoptimum dan mencapai potensi kita.

"Untuk berbuat demikian, adalah penting kita mempunyai struktur kekal bagi agensi seperti Majlis Profesor Negara. Saya harap Majlis Profesor Negara akan membantu kita dan memberi sumbangan ke arah pencapaian realisasi sepenuhnya," ujar beliau.

Menyentuh hal lain, Perdana Menteri berkata merit dan kesaksamaan harus menjadi prinsip panduan asas dalam usaha kita di bidang pendidikan.

Beliau berkata ketika dua perkara itu tidak mungkin dikompromi, mereka yang kurang upaya mendapatkan peluang dan kemudahan untuk belajar mesti dibantu berbuat demikian.

Oleh itu, kata beliau tidak perlu wujud tindakan mempolitikkan isu pendidikan dengan berlebihan di semua pihak.

"Kerajaan akan menyediakan bantuan tidak kira pertimbangan etnik tetapi komuniti yang paling memerlukan bantuan secara automatik akan mendapat manfaat terbesar," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan