Polis Sahkan Tiada Sebarang Perhimpunan Di Selangor Hari Ini

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Polis Selangor mengesahkan tiada demonstrasi jalanan dilakukan oleh mana-mana pihak setakat ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Tun Hisan Hamzah bagaimanapun berkata, bagi memastikan situasi terus terkawal, polis mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negeri untuk mengawal selia pergerakan dan aktiviti orang ramai.

"Polis juga akan memasang kemah di beberapa lokasi sekatan jalan raya diadakan kerana dijangkakan ramai yang akan ditahan dalam pemeriksaan menyeluruh yang bakal dilakukan petang Jumaat," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Sebelum itu, beliau menghadiri Majlis Perasmian Masjid As-Salam, Bukit Sentosa di sini oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mulai 12.01 tengah malam Jumaat, polis akan menutup beberapa jalan uatam di sekitar Kuala Lumpur ekoran penganjuran perhimpunan haram oleh Bersih 2.0 dan Pemuda Umno pada Sabtu.

Dalam pada itu Tun Hisan berkata, selain sekatan jalan raya polis juga akan melakukan pengawasan di stesen-stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan komuter.

Mengenai kemungkinan perhimpunan itu diadakan di Stadium Melawati Shah Alam, beliau memberitahu, sehingga kini tiada permohonan untuk melakukan tunjuk perasaan di lokasi tersebut mahupun kawasan-kawasan lain dalam Selangor.

Beliau menasihatkan warga Selangor yang mempunyai apa jua urusan di Kuala Lumpur pada hari Sabtu mahupun Ahad membatalkan urusan mereka supaya tidak tersekat dalam kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku di sekitar kawasan tumpuan ramai di bandar raya berkenaan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan