Muhyiddin Lancar Penambahbaikan Kaedah Atasi Keciciran Murid

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap masalah keciciran murid dalam pembelajaran dapat diatasi dengan pelaksanaan sistem Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terutamanya dalam menguasai kemahiran 4M -- membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata ini kerana usaha memperkenalkan PBS dalam proses menilai dan mentaksir pencapaian murid merupakan langkah penting untuk menentukan tahap penguasaan murid secara bersistematik pada setiap peringkat pengajaran dan pembelajaran.

Ketika melancarkan Buku PBS di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 di sini Jumaat, beliau berkata PBS, yang merupakan penambahbaikan kepada sistem pentaksiran untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah, dilaksanakan mulai Tahun 1 pada tahun ini dan Tingkatan 1 pada 2012.

Muhyiddin berkata kangkah itu bersesuaian dengan konsep "no child is left behind" (tidak ada seorangpun kanak-kanak tercicir) seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat yang meletakkan standard tertentu dan mewujudkan matlamat yang boleh diukur dan menjurus kepada penambahbaikan hasil pembelajaran.

Melalui maklumat yang dikumpul dalam pentaksiran yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru atau pihak sekolah dapat memberi maklumat balas yang konstruktif serta mengambil langkah susulan yang bersesuaian bagi memastikan kelemahan setiap murid dapat diatasi agar tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Muhyiddin turut berharap PBS akan menjadi satu daripada instrumen untuk menilai pencapaian murid dalam bidang lain selain daripada akademik seperti sukan dan kokurikulum.

Katanya ini kerana dasar-dasar baru yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran seperti Dasar 1Murid 1Sukan akan membantu pihak sekolah mengenal pasti dan mengasah potensi setiap individu dalam pelbagai bidang.

"Setiap usaha dan komitmen yang diberikan oleh murid dalam aktiviti tersebut di luar waktu sekolah, seharusnya juga diberi pengiktirafan yang sewajarnya.

"Namun, apa yang lebih penting ialah kita tidak mahu anak-anak kita mempunyai kecerdasan otak tetapi kurang mementingkan kesihatan atau menghasilkan modal insan yang mementingkan ilmu pengetahuan tetapi kurang memberi penekanan kepada aktiviti yang boleh membina jati diri dan sahsiah yang baik serta mempunyai tahap kesihatan yang baik," kata Muhyiddin.

Katanya langkah kerajaan melaksanakan sub-NKRA Literasi dan Numerasi (LINUS) adalah satu inisiatif yang bertepatan dalam menentukan pencapaian dan penguasaan mereka dalam proses pembinaan ilmu.

Muhyiddin berkata pencapaian melalui ujian saringan yang dilaksanakan pada tahun lepas menunjukkan 85 peratus murid Tahun 1 telah berjaya dalam aspek membaca, manakala 91 peratus berjaya melepasi saringan dalam mengira.

Katanya ini membuktikan bahawa kerajaan benar-benar serius untuk menghapuskan kadar buta huruf dalam masyarakat.

"Oleh itu, saya amat berharap agar peratus murid yang boleh membaca, menulis dan mengira menjelang tahun 2012 akan mencapai 100 peratus," katanya.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM100,000 kepada Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 bagi tujuan pembangunan dan penambahbaikan kecil prasarana sekolah itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan