Ambiga Perlu Ditahan Di Bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERANG: Kerajaan Pusat perlu bertindak tegas terhadap mereka yang merancang perhimpunan haram dengan menahan pengerusi penganjur perhimpunan itu Datuk S.Ambiga di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata tindakan itu perlu dibuat kerana adalah jelas Ambiga menggugat keselamatan negara dengan rancangannya itu.

"Saya tidak akan bersetuju dengan kerajaan kalau kerajaan tidak mengambil tindakan yang paling tegas terhadap mereka. Tidak ada gunanya kita memberi muka kepada mereka kerana rakyat pun sudah mula faham.

Katanya langkah lain yang dirancang sebelum ini sudah tidak boleh digunakan kerana ia sudah mencapai kemuncaknya.

"Walaupun dia (Ambiga) bersetuju untuk mengadakan perhimpunan haram di stadium, tetapi ia tetap menggugat keselamatan negara. Sudah tentu akan berlaku perarakan di luar stadium sebelum mereka memasuki stadium," katanya kepada pemberita selepas Program Perkampungan PMR, SPM dan STPM Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena di Kem Latihan Naka dekat sini, Jumaat.

Sekiranya Ambiga menghormati Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selepas mendapat perkenan menghadap baginda sebelum ini, dia perlu membatalkan hasratnya untuk meneruskan perhimpunan haram itu, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan