11 Pemimpin Pemuda Umno Dilarang Berada Sekitar KL Sabtu Ini

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret pada Khamis mengeluarkan perintah melarang 11 pemimpin dan penyokong Pergerakan Pemuda Umno hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam Perhimpunan Patriotik yang dijadualkan pada Sabtu ini antara pukul 8 pagi hingga 6 petang.

Majistret Mohd. Azali Ibrahim yang mengeluarkan perintah berkenaan berkata, perhimpunan akan diadakan di Masjid Jamek, Jalan TunPerak, Dataran Merdeka, Maju Junction, Masjid Jamek Kampung Baru, Masjid Negara, Pasar Seni, Dataran DBKL, perkarangan Sogo dan Istana Negara sebelum menyerahkan memorandum di Istana Negara.

Sehubungan itu, mereka dilarang berada di kawasan-kawasan iaitu sepanjang Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan persekitaran Masjid Negara, persekitaran Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, perkarangan Sogo, Maju Junction dan Masjid Jamek Kampung Baru.

Selain itu, sepanjang Jalan Kinabalu, lebuhraya Mahameru, Jalan Tun Ismail, Jalan Tun Razak, Jalan Pahang, Jalan Raja Muda Abd. Aziz, Jalan Datuk Abdul Malik, Jalan Raja Uda, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mohamed dan kawasan yang terkandung di dalamnya. Mereka yang dilarang ialah:

1. Khairy Jamaluddin – Ketua

2. Datuk Megat Firdouz Megat Junid

3. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

4. Megat Zulkarnain Omardin

5. Rizalman Mokhtar

6. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin

7. Lokman Noor Adam

8. Datuk Abdul Azeez Rahim

9. Ungku Saleh Ungku Jamal

10. Arman Azha Abu Hanifa

11. Tun Faisal Ismail Aziz

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan