Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia Satu Pendekatan Unik Kerajaan, Swasta Dan NGO

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelancaran Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia dengan dana RM30 juta sumbangan kerajaan bagi skim mikro kredit merupakan usahasama unik antara kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Kita telah beri satu model baru perkongsian antara kerajaan, swasta dan NGO, kerajaan berikan dana dan pihak NGO diberi tanggungjawab untuk mengendalikan skim ini," katanya pada majlis pelancaran yayasan itu di sini, Rabu.

Najib berkata pendekatan seperti itu mampu memberi kesan besar kepada golongan sasar skim mikro kredit selain menjimatkan perbelanjaan kerajaan memandangkan sebelum ini kerajaan mempunyai agensi yang menguruskan mikro kredit ini seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

"Dengan cara ini, tidak perlu kita sediakan peruntukan pentadbiran, tidak perlu kita tambah pegawai, tidak perlu buat pejabat baru dan sebagainya," kata beliau.

Ditanya sama ada pendekatan seperti ini akan dipanjangkan kepada NGO lain, Najib berkata kerajaan akan melihat dahulu perkara itu kerana biasanya kerajaan hanya memberi sumbangan dan belum ada skim seperti yang dilancarkan seperti Rabu.

Terdahulu, dalam ucapannya beliau berkata di bawah skim mikro kredit itu, para usahawan wanita boleh meminjam di antara RM5,000 ke RM10,000, bergantung kepada jenis perniagaan.

Katanya, seramai 4,500 wanita akan mendapat faedah daripada skim pinjaman itu yang ideanya dicetuskan Penasihat Persekutuan Persatuan-persatuan Keturunan Lim Malaysia Tan Sri Lim Soon Peng.

"Kalau tidak ada skim ini, Lim kata mereka ini sukar dapat pinjaman bank, dapat pinjaman pun menerusi Ah Long," kata Najib.

Skim itu, katanya, dapat menggalakkan lebih ramai wanita Cina mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan dibantu oleh Pusat Penyelidikan Usahawan Wanita Cina Malaysia yang akan membimbing mengenai pengurusan dan kewangan.

Najib juga berkata berkata parti komponen BN yang mewakili kaum Cina, MCA dan Gerakan menyokong penuh skim mikro kredit itu selain UMNO dan MIC kerana ia dapat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Wira Chor Chee Heung dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Pada pelancaran itu, Najib menyerahkan replika cek RM30 juta kepada Lim dan Pengerusi yayasan Jenny Lim.

Najib dan beberapa warga emas turut diraikan sempena ulang tahun kelahiran mereka pada bulan ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan