SPR Tak Pernah Kata Tak Mahu Jumpa Bersih

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bahawa ia tidak pernah menutup pintunya kepada kumpulan dikenali Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk menemuinya selepas pertemuan pertama kedua-dua pihak itu pada November lepas.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR tidak dapat menemui kumpulan itu sebelum ini kerana sedang sibuk menguruskan pilihan raya negeri Sarawak pada April lepas.

"Saya tak pernah beritahu sama ada melalui SMS, telefon atau surat yang katakan kita tidak mahu jumpa Bersih. Kita kata tak boleh jumpa masa itu, tetapi boleh jumpa selepas pilihan raya Sarawak, tetapi mereka nampak macam tergesa-gesa.

"Dia nampak SPR macam tidak mahu jumpa dengan mereka lagi. Dia nampak SPR ini terlalu lambat, tidak dapat memenuhi semua pemintaan mereka dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas taklimat Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun dan pelancaran Bulan Semakan Daftar Pemilih 2011 di sini, Khamis.

Abdul Aziz berkata bahawa pertemuan pertama dengan Bersih itu telah berlangsung begitu mesra, menyebabkan beliau hairan kenapa Bersih mahu mengadakan perhimpunan pada Sabtu ini kononnya kerana tidak puas hati dengan perjalanan pilihan raya.

"Kita layan dengan baik, bergambar satu kumpulan ke satu kumpulan, bagi makan...maknanya tujuannya baik. Saya juga bukan pertikaikan Bersih walaupun dia (pertubuhan) haram," kata Abdul Aziz.

Ditanya sama ada pemimpin Bersih, Datuk S. Ambiga telah menghubungi beliau untuk mengadakan pertemuan, beliau berkata : "Tidak ada. Dia tak mahu dah. Saya baca dalam surat khabar, dia kata sudah terlambat. Macam saya ini, dia kata sombong. Sudah tak mahu jumpa."

Mengulas tuntutan kumpulan itu supaya diwujudkan satu suruhanjaya diraja untuk mengkaji kelemahan dan mencadangkan penambahbaikan kepada sistem dan proses pilihan raya sedia ada, Abdul Aziz berkata terpulang kepada kerajaan untuk membuat keputusan kerana ia bukan di bawah bidang kuasa SPR.

"Tanpa suruhanjaya diraja pun, kami sentiasa menilai sistem kami dari semasa ke semasa. Tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan