Set Pertama EMU Buatan China Tiba Sebelum September - Kong

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ZHUZHOU (Tenggara China): Set pertama 38 Unit Tren Elektrik (EMU) enam gerabak, yang dibeli Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi perkhidmatan komuter dijangka tiba di Malaysia sebelum September, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata EMU yang dibina syarikat CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd (CSR ZELC) milik negara China, siap lebih awal dan set pertama dijangka beroperasi sebelum penghujung tahun ini.

"Ia akan diserahkan secara berperingkat dengan penghantaran penuh 38 unit EMU menjelang Jun tahun depan," katanya kepada pemberita Malaysia selepas majlis pelancaran set pertama EMU enam gerabak yang dibeli KTMB di loji CSR ZELC di sini.

Turut hadir Gabenor Wilayah Hunan Xu Shousheng, Pengerusi CSR ZELC Zhao Xiaogang dan Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan.

KTMB menandatangani satu perjanjian dengan ZELC, sebuah syarikat pembuat EMU terkenal di China pada 19 Mei tahun lepas, berhubung pembelian enam gerabak untuk perkhidmatan komuter di Lembah Klang, di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pengangkutan awam.

Kong berkata EMU itu dibina khusus menggunakan tolok meter Malaysia (berukuran satu meter dan 33/8 inci lebar) yang boleh menjangkau kelajuan sehingga 140 kilometer sejam.

Beliau berkata pembelian 38 EMU yang menelan kos sebanyak RM1.89 bilion itu, diberikan kepada ZELC berdasarkan harga terendah yang ditawarkannya melalui bidaan dalam tender perolehan kerajaan.

"Kontrak itu tidak termasuk penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih, yang kini diteliti untuk diberi kepada syarikat yang layak tidak lama lagi," katanya.

Enam gerabak itu mempunyai reka bentuk futuristik serta menggunakan teknologi terkini China, dan dua jurutera KTM ditempatkan di sini sejak tiga bulan lepas bagi memastikan semua sistem mematuhi spesifikasi KTM.

Setiap set mampu menampung kira-kira 900 penumpang, dan ini bermakna KTM boleh menggandakan jumlah penumpang, selain mengurangkan tempoh menunggu sedia ada daripada 30 minit kepada 10 minit atau hanya tujuh minit setengah pada waktu puncak.

Sementara itu, Dr Aminuddin berkata 38 EMU baru itu akan digunakan di laluan Rawang-Sungai Gadut, Batu Caves-Pelabuhan Klang, Sentul-Pelabuhan Klang dan Batu Caves-Rawang.

Beliau berkata ia akan mengurangkan penggunaan Hibrid EMU yang diperkenal KTMB sejak tahun lepas bagi mengatasi masalah pembatalan, kelewatan dan kekurangan gerabak.

Set hibrid itu menggunakan kuasa lokomotif diesel dengan bantuan penjana kuasa yang menyediakan elektrik untuk pendingin hawa, sistem alamat awam dan pintu automatik. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan