PM Sebak Kenang Ayahanda Tun Abdul Razak

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANDAR TUN ABDUL RAZAK: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebak ketika menyampaikan ucapan pada majlis mengenang jasa negarawan ayahandanya Tun Abdul Razak.

Beliau yang berucap kira-kira 20 minit dilihat menahan sebak sejak awal lagi menyampaikan ucapannya.

Majlis berkenaan dihadiri lebih 2,000 tetamu termasuk mereka yang pernah berkhidmat di bawah kepimpinan Perdana Menteri kedua negara itu.

"Sebelum saya menjadi terlalu emosi, lebih baik berhenti berucap, bila bercakap mengenai Tun Razak, ianya ada perasan yang tidak boleh dikawal," katanya ketika merasmikan program mengenang tokoh negarawan Allahyarham Tun Abdul Razak di sini, Khamis.

Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Najib yang juga anakanda sulung Tun Abdul Razak berkata perjalanan ayahandanya sebagai pemimpin negara perlu menjadi panduan kepada generasi baru termasuk kepimpinan muda negara.

"Allahyarham tidak ghairah dalam kuasa politik," kata Najib yang merujuk kepada peletakan jawatan presiden Umno Datuk Onn Jaafar dan pelantikan Tun Abdul Razak sebagai Pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

Najib berkata Tun Abdul Razak menyatakan beliau terlalu muda untuk memimpin Umno ketika itu dan memberi laluan kepada Tunku Abdul Rahman.

Semasa dilantik sebagai pengarah MAGERAN, yang mempunyai kuasa yang tidak terbatas, beliau bukan sahaja tidak menyalahgunakan kuasa malah tidak sabar untuk menyerahkan kembali kuasa berkenaan kepada rakyat (menerusi pilihan raya).

Najib berkata jasa dan pengorbanan Tun Abdul Razak ternyata amat disanjungi rakyat kerana seseorang pemimpin yang disegani akan terus dikenang sepanjang zaman.

"Beliau adalah bapa pembangunan, contohilah Tun Razak, kalau kita ditakuti daripada disegani, orang takkan hormat dan takkan kenang kita, tapi Allahyarham sudah 35 tahun meninggalkan kita, jasanya tetap dikenang," kata Najib.

Najib berkata majlis mengenang jasa sedemikian bukanlah untuk mendewa-dewakan tokoh negara tertentu, tetapi bertujuan untuk menimba pengajaran dan iktibar perjuangan mereka.- BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan