Perintah Mahkamah: Khairy, Ibrahim Ali & Ambiga Antara Yang Dilarang Masuki KL Sabtu Ini

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur memperoleh perintah daripada mahkamah untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada Sabtu ini.

Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut daripada Perkasa, Bersih 2.0 dan Patriot supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

"Mereka boleh ditahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana tidak mematuhi perintah mahkamah yang boleh membawa kepada hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya di sini, Khamis.

Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan Bersih 2.0 termasuk pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.

Manakala 14 orang daripada Perkasa pula termasuk Presidennya, Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya iaitu Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.

Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang pemimpin Pemuda Umno yang merancang menganjurkan perhimpunan Patriot termasuk ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan