Orang Ramai Bakal Nilai Prestasi Petugas Hospital:Liow

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Orang ramai yang berurusan dengan hospital kerajaan di negara ini berpeluang membuat penilaian terbuka terhadap prestasi kerja dan sikap petugas semasa menerima aduan daripada masyarakat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mekanisme pengukur prestasi petugas hospital yang berurusan dengan orang ramai akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Ketika mengumumkan perkara itu, katanya, satu pasukan akan dibentuk di bawah seliaan Ketua Pengarah Kesihatan bagi mengkaji secara menyeluruh sistem penilaian itu agar dapat dilaksanakan secara sistematik dan berkesan.

"Sistem penilaian itu dapat mengukur tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh hospital kerajaan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada warga kementerian dari pelbagai jabatan di sini, Khamis.

Katanya ketika ini orang ramai membuat aduan mengenai perkhidmatan perubatan melalui borang aduan, e-mel, surat, telefon atau memaklumkan secara peribadi kepada pegawai atasan yang disifatkan sebagai kaedah konvensional.

Namun mekanisme baru nanti akan membolehkan orang ramai memberi penilaian terus secara terbuka sama ada mereka berpuas hati atau sebaliknya dengan layanan dan perkhidmatan yang diterima oleh mereka, kata Liow.

Pada Selasa lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengumumkan mekanisme pengukur prestasi seumpama itu akan diperkenalkan di semua 92 balai polis di seluruh Selangor mulai Isnin ini.

Mekanisme pengukur prestasi tersebut mempunyai nombor antara satu hingga 10 dan markah akan diberi oleh orang ramai berdasarkan penarafan berkenaan.

Bagaimanapun, Liow berkata sistem yang diguna pakai oleh pihak polis tidak boleh diguna pakai sepenuhnya di hospital kerana kaedah perkhidmatan yang ditawarkan adalah berbeza.

"Sistem yang dipraktikkan di balai polis lebih kepada 'Satu Pelanggan Satu Pegawai' di mana pelanggan itu boleh menilai keberkesanan perkhidmatan itu.

"Tetapi bagi hospital, perkhidmatannya lebih kepada berpasukan. Misalnya, di unit kecemasan, kita ada pembantu perubatan, jururawat dan doktor," katanya.

Justeru itu, katanya, sistem pelaksanaan kaedah baru itu perlu diteliti sama ada membabitkan setiap pegawai bertanggungjawab atau secara berpasukan.- BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan