Najib Lancar Projek MRT Pada Jumaat

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuhkan sistem pengangkutan awam negara ini pada Jumaat.

Pada majlis pelancaran projek itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Sistem Pengangkutan Bersepadu Lembah Klang, beliau juga dijadual mengumumkan jajaran muktamad bagi laluan MRT Sungai Buloh-Kajang, yang merupakan fasa pertama daripada beberapa laluan yang sedang diteliti untuk menyokong perkhidmatan rel api sedia di negara ini.

"Kami membuat keputusan menamakan semula projek ini sebagai My Rapid Transit atau MRT kerana ia mencerminkan dengan lebih jelas tentang projek berkenaan.

"Projek ini bukan saja melibatkan Lembah Klang, tetapi juga untuk seluruh negara," kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Nur Ismail Kamal.

Bercakap kepada pemebrita di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini Khamis, beliau berkata: "Ini adalah sesuatu menjadi harapan kita sebagai rakyat Malaysia sejak sekian lama kerana MRT akan memberi manfaat besar kepada mereka di banyak kawasan lain, di samping merupakan pengangkutan awam bertaraf dunia".

Upacara pelancaran projek itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur akan disiarkan secara langsung oleh RTM pada pukul 9.30 pagi.

Sempena pelancaran itu, satu pameran akan diadakan, yang antara lain, menjejaki sejarah sistem pengangkutan awam di negara ini dan maklumat terkini tentang projek MRT.

Merentasi laluan sejauh 51km dari Sungai Buloh ke Kajang dengan melalui Bandar Utama, Damansara, Taman Tun Dr Ismail, pusat bandar raya Kuala Lumpur dan Cheras, yang terkenal kerana kepadatan penduduknya, MRT merupakan projek prasarana terbesar Malaysia dan projek terbesar Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di bawah Model Baru Ekonomi (MEB).

Apabila siap sepenuhnya pada 2016, MRT akan memberi kemudahan kepada lebih 10 juta penumpang di Lembah Klang dan sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk Lembah Klang dijangka beralih menggunakan pengangkutan awam.

Prasarana dilantik sebagai pemilik MRT, manakala SPAD diberi amanah sebagai penyelianya.

Pelaksanaan projek ini diumumkan Perdana Menteri pada Jun 2010. Ketika mengumumkannya, Najib berkata projek ini perlu dilaksanakan untuk memperkemaskan prasarana pengangkutan di ibu negara dan menjadikan Kuala Lumpur lebih berdaya saing daripada segi ekonomi di peringkat global. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan