Muhyiddin Bidas Penganjur Berdegil Mahu Perhimpunan Di Stadium Merdeka

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas penganjur perhimpunan 9 Julai kerana berdegil untuk menganjurkan perhimpunan itu di Stadium Merdeka walaupun kabinet sudah memutuskan tidak akan membenarkan ia diadakan di situ.

Timbalan Perdana Menteri berkata mereka sepatutnya bersikap munasabah kerana kerajaan sudahpun bertolak ansur dengan membenarkan mereka mengadakan perhimpunan itu di stadium.

"Saya lihat kenyataan itu macam nak provokasi lagi...nak lawan tak habis-habis, tiada niat baik dan sikap bertolak ansur. Apa yang saya lihat, tiada keikhlasan.

"Ini semua untuk provoke dan menimbulkan perasaan kebencian. Rakyat sudah puas hati kerana tidak diadakan perhimpunan (jalanan) haram. Rakyat rasa lega dan selamat.

"(Tapi) saya dengar laporan tidak rasmi, mereka akan berarak dari satu penjuru alam ke satu penjuru alam nak menuju ke tempat itu. Jangan buat sesuatu yang boleh menimbulkan provokasi...itu saya serah kepada polis," katanya kepada pemberita di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga, Khamis.

Pada Rabu, kabinet memutuskan tidak akan membenarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menganjurkan perhimpunan di Stadium Merdeka, Stadium Negara atau Stadium Nasional Bukit Jalil kerana ia bukan pertubuhan yang sah di sisi undang-undang selain atas faktor ketenteraman awam.

Penganjur perhimpunan itu berkata mereka mahu mengadakannya di Stadium Merdeka dengan alasan ia mempunyai banyak kemudahan pengangkutan awam dan kawasan strategik untuk pertemuan orang ramai selain memudahkan polis mengawal keadaan.

Muhyiddin mempersoalkan niat penganjur perhimpunan itu untuk mengadakannya di Stadium Merdeka kerana mereka menjangkakan 300,00 orang akan hadir sedangkan stadium itu hanya boleh memuatkan 30,000 orang.

"Apakah tujuan mereka hendak buat di situ?...akan timbul masalah-masalah lain. Apapun, ini akan diuruskan oleh polis. Tidak boleh dibuat permohonan atas nama Bersih kerana Bersih masih lagi pertubuhan haram.

"Jadi kalau atas nama Bersih, pasti akan ditolak. Kalau nak, buat badan yang sah di sisi undang-undang. Itu terserah kepada penganjur," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata penganjur perhimpunan itu juga perlu bersikap munasabah dengan memilih tempat yang sesuai untuk mengadakannya setelah kerajaan membenarkan mereka mengadakan perhimpunan itu.

"Satunya, ini soal (hak) pemilik Stadium Merdeka kalau mereka nak izinkan...itu bukan milik kerajaan. Perbadanan Stadium Merdeka milik swasta, kalau tak silap saya.

"Kedua, (stadium itu) tapak pengisytiharan kemerdekaan. Saya tidak fikir kita hendak cemarkan sejarah di situ dengan satu kegiatan perhimpunan untuk tujuan apa sekalipun kecuali untuk acara-acara rasmi.

"Kapasiti (stadium) itu (juga) terbatas. Jadi saya fikir, biarlah mereka ini bersikap munasabah kerana kerajaan sudah bertolak ansur untuk benarkan (perhimpunan) dalam stadium. Pilihlah tempat yang sesuai dan jangan berdegil dalam soal ini," katanya.

Muhyiddin berkata penganjur perhimpunan itu sepatutnya menerima tawaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya perhimpunan itu diadakan di Stadium Shah Alam.

Ditanya kenapa kerajaan membenarkan perhimpunan itu diadakan padahal Bersih merupakan pertubuhan haram, Muhyiddin berkata keputusan itu merupakan satu peluang yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka supaya kerajaan tidak dilihat menyekat dan sebagainya, namun mereka perlu patuh kepada peraturan dan undang-undang.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan