Ketua Polis Negeri Akan Bertemu Orang Ramai Pada Sesi Bulanan

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jika prihatin dengan keselamatan jiran serta memerlukan perhatian polis, kini anda boleh berjumpa ketua-ketua polis negeri dan berkongsi pendapat dengan mereka, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Mulai Khamis, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mengenengahkan inisiatif "PDRM Bersama Pelanggan" bagi menggalakkan warga yang prihatin untuk bertemu dengan ketua polis negeri dan daerah pada sesi yang siap diatur.

Mereka boleh berkongsi aduan mereka dengan Ketua Polis Negeri di Ibu Pejabat Kontinjen pada Khamis keempat setiap bulan antara 9 pagi dan tengah hari.

Untuk bertemu Ketua Polis Daerah di Ibu Pejabat Polis Daerah, mereka boleh berbuat demikian pada Khamis pertama setiap bulan antara 9 pagi dan tengah hari dan pada Sabtu ketiga setiap bulan mulai 2 hingga 5 petang.

"Tujuan kita adalah untuk memastikan setiap aduan orang ramai dapat kita tangani dengan segera supaya kita mendapat maklum balas mengenai inisiatif yang dilaksanakan demi manfaat mereka," kata Ismail dalam satu kenyataan.

Beliau berkata sesi pertemuan terus itu akan menggalakkan orang ramai menyuarakan keprihatinan mereka mengenai jiran, keluarga dan keselamatan diri secara langsung dengan ketua-ketua polis.

Sesi-sesi itu juga dijangka meningkatkan interaksi antara polis dan orang ramai bagi melahirkan hubungan rapat dan bagi membolehkan polis mengukur persepsi masyarakat mengenai tahap perkhidmatan PDRM.

Untuk maklumat lanjut, maklumat mengenai "PDRM Bersama Pelanggan" boleh didapati dari www.rmp.gov.my. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan