Kastam Guna Sistem Pengurusan Risiko Elak Ketirisan Cukai

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sistem pengurusan risiko (CDI) yang berkuat kuasa dilaksanakan bermula Khamis oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Pelabuhan Klang bertujuan untuk mengelakkan ketirisan kutipan cukai (kebocoran hasil) milik kerajaan.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan) Datuk Khazali Ahmad berkata sistem tersebut yang dilaksanakan secara automatik dibuat bagi menambah baik sistem sebelum ini iaitu secara manual.

"Dengan menggunakan sistem ini kita yakin akan dapat membantu kerajaan mengelakkan ketirisan dan kebocoran hasil cukai kerajaan dan harapan kita ia dapat membantu kerajaan mempertingkatkan hasil pungutan cukai.

"Contoh jika sesuatu barang, kadang-kadang ada yang under declaration dan sebagainya contohnya dalam membuat declaration katalah patut sesuatu barang RM10 tapi pedagang declare RM2 atau lebih murah menyebabkan kurangnya kutipan cukai kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran plot run perlaksanaan sistem pengurusan risiko di Kompleks Kastam Kelana Jaya di sini, Khamis.

Sistem ini berfungsi dengan membuat pilihan kepada borang-borang pengikraran import atau eksport mengikut tahap risiko dan kemudian pegawai penaksir di depot import dan eksport point akan membuat taksiran lebih teliti tentang risiko pungutan hasil dan sebagainya.

Beliau berkata pedagang atau pihak yang tidak mematuhi undang-undang perlu risau dengan sistem ini kerana ia dapat mengesan mereka yang melakukan kesalahan.

Beliau berkata tanpa sistem pengurusan risiko yang baik tentulah urusan perdagangan tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan pedagang dapat berurusan dengan mudah sekiranya mengikut undang-undang. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan