Gempa Bumi Kuat Di Kepulauan Kermadec Di Lautan Pasifik

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Kermadec di Lautan Pasifik Selatan berdekatan North Island, New Zealand, awal Khamis.

Menurut keyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa pada 3.03 pagi itu berpusat di 29.6 darjah Selatan dan 175.1 darjah Barat, iaitu kira-kira 8,031km dari Tenggara Tawau, Sabah.

Gempa tersebut bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu, gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter berlaku di Mindanao, Filipina pada 3.10 petang ini.

Gempa itu yang berlaku 637km Timur Laut Lahad Datu, Sabah, tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut jabatan itu.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan