Bandar Jengka Kini Dikenali Bandar Tun Abdul Razak

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANDAR TUN ABDUL RAZAK: Bandar Jengka, Pahang di sini Khamis diisytihar dengan nama baru sebagai Bandar Tun Abdul Razak bagi menghargai jasa dan pengorbanan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dalam membangunkan masyarakat peneroka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata lebih RM300 juta diperuntukan untuk pembangunan bersepadu dalam tempoh lima tahun bagi wilayah Felda itu.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peneroka 2011 di sini, beliau berkata kejayaan Felda dalam membangunkan tanah menerusi rancangan reformasi tanah ternyata mendapat pengiktirafan dunia.

"Kejayaan Felda ini bukan sahaja melimpah kepada masyarakat peneroka, tapi juga kepada masyarakat luar bandar keseluruhannya," katanya.

Turut hadir bersama lebih 30,000 peneroka dalam majlis berkenaan ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.

Ketika mengumumkan nama baru bandar Jengka itu, Perdana Menteri berkata sebanyak RM250 juta diperuntukkan bagi pembangunan bersepadu mengandungi kompleks sukan serba moden dan stadium mini serta pusat perniagaan.

Beliau berkata kompleks sukan dan stadium membabitkan kos berjumlah RM87.9 juta itu akan dibangunkan dalam tempoh tiga tahun ini.

Stadium berkenaan, katanya apabila siap akan dijadikan tuan rumah kepada perlawanan melibatkan pasukan bola sepak Felda United.

Perdana Menteri juga mengumumkan peruntukan berjumlah RM50 juta bagi pembangunan 500 unit projek perumahan generasi baru Felda di wilayah Jengka yang akan bermula tahun ini.

Katanya bagi setiap rumah, Felda akan menyumbang subsidi berjumlah RM20,000 hingga RM25,000 bagi membantu meringankan generasi baru Felda memiliki rumah tersebut.

Beliau berkata projek berkenaan tidak akan hanya tertumpu kepada wilayah Jengka sahaja, sebaliknya akan diperluaskan kepada 10 wilayah Felda seluruh negara.

Bagi kakitangan Felda pula, Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membaik pulih rumah mereka.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pembangunan kompleks terminal pengangkutan bersepadu berjumlah RM10 juta, enam mesin hemodialisis dengan setiap satu bernilai kira-kira RM1.5 juta dan RM2 juta untuk melaksanakan 'komuniti berpagar' membabitkan penyertaan peneroka Felda serta anggota Rela untuk menjaga keselamatan di kawasan penempatan peneroka.

"Kita tidak janji semata-mata atau sebagai gula-gula untuk pengundi tetapi janji ini kita akan laksana dan tunaikan. Ini sebagai penghargaan kepada peneroka yang setia memberi sokongan kepada kerajaan," katanya.

Dalam isu berkaitan, Perdana Menteri berkata aset Felda kini berjumlah lebih RM30 bilion. "...RM20 bilion adalah dalam bentuk aset, manakala RM10 billion adalah aliran wang tunai," katanya.

Beliau berkata dakwaan kononnya Felda bankrap adalah tidak benar sama sekali.

Perdana Menteri berkata Felda boleh menjadi gergasi dalam bidang agro bisnes iaitu bermula daripada peringkat pengeluaran sehingga penghasilan produk untuk pasaran global. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan