Anggota PSSLM Mesti Bangkit Mendokong Transformasi Negara - Najib

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) bangkit dan menjadi penggerak transformasi negara.

Beliau berkata latihan amali seni silat yang dipelajari harus diterap dalam aktiviti harian mereka bagi menyumbang dan membawa negara ke tahap lebih maju.

"Saya mahu anak-anak lincah bukan sahaja berani berdepan dengan musuh durjana, tapi juga menjadi modal insan yang berani melakukan perubahan daripada yang lemah semangat kepada bersemangat," katanya pada perhimpunan PSSLM sempena sambutan 50 tahun di Pusat Dagangan Dunia Putra malam Rabu.

Turut hadir bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, penaung PSSLM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Najib berkata beliau yakin anggota PSSLM akan bangkit mempertahankan kesejahteraan negara daripada musuh durjana.

Beliau berkata anak-anak lincah juga tidak diajar menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan.

Sebaliknya, mereka dididik dengan nilai kerohanian yang tinggi untuk membentuk keperibadian mulia.

"Perjuangan kita bukan untuk menanam benih-benih benci. Saya percaya kalau ada musuh durjana yang nak serang negara, anak-anak lincah akan menentang mereka," katanya.

Pada majlis sama, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memilih Pengasas dan Mahaguru PSSLM Tan Sri Omardin Mauju sebagai penerima pertama Anugerah Pendekar Malaysia bagi mengiktiraf sumbangan beliau dalam seni mempertahankan diri.

Omardin menerima selempang khas, sijil penghormatan, sepersalinan baju kebangsaan dan wang tunai RM50,000 daripada Najib.

Sementara itu, Rais memberitahu pemberita sebuah panel lapan anggota akan ditubuh bagi menilai penggiat seni mempertahankan diri di negara ini yang layak diberikan penganugerahan tertinggi ini.

Beliau berkata anugerah itu bukan terhad kepada penggiat seni silat sahaja.

"Perkara ini amat penting kerana ia memberi satu status yang bererti kepada perjuangan kita memajukan, menyemarakkan serta mempromosi seni mempertahankan diri di Malaysia," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan