30 Kanak-kanak Dan Empat Guru Jadi Tebusan Lelaki Bersenjata

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Seorang lelaki yang dipercayai bersenjatakan tukul dan parang menceroboh sebuah taska di sini dan menjadikan kira-kira 30 kanak-kanak dan empat guru sebagai tebusan dalam kejadian yang bermula pukul 9.30 pagi tadi.

Bernama difahamkan sepasukan polis dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman sedang mengepung pusat asuhan kanak-kanak Serikids, di Taman Sungai Abong, Jalan Sakeh itu.

Seorang pakar psikologi dikenali Dr Lau Keen Lee difahamkan telah berusaha menenangkan lelaki yang dipercayai pesakit mental itu dari luar banglo dua tingkat tersebut.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman turut kelihatan di perkarangan pusat asuhan tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan