Stadium Merdeka Lokasi Bersih 2.0

Diterbitkan: Rabu, 6 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan mengadakan perhimpunan pada Sabtu ini mulai pukul 2 petang di Stadium Merdeka.

Pengerusinya, Datuk S. Ambiga berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak petang ini bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.

"Kita baru sahaja menghantar surat . Kita harap dapat bertemu Perdana Menteri hari ini.

"Tidak ada sebarang protes di stadium, kita akan buat perhimpunan aman di dalam stadium sahaja," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina di sini, Rabu.

Biarpun masih belum mendapatkan permit daripada pihak polis, Ambiga berkata jawatankuasa Bersih akan memohon kelulusan daripada polis secepat mungkin.

“Mengenai perhimpunan di Stadium Merdeka, kami akan cuba untuk mendapatkannya. Setakat ini kami belum memperolehinya lagi,” katanya.

Berhubung pertemuan dengan Tuanku Mizanpada Selasa, Ambiga berkata pihak istana menyambut baik kedatangan mereka.

Bagaimanapun Ambiga berkata jawatankuasa Bersih akan hanya menyerahkan memorandum tersebut kepada Seri Paduka pada 9 Julai ini.

"Hanya sepuluh orang wakil Bersih akan serahkan memorandum di Istana Negara selepas perhimpunan di stadium. Tidak ada sebarang perarakan.

"Kita harap pihak polis akan beri kerjasama dengan mengawal keselamatan. Kita juga akan menyediakan kira-kira 5,000 pengawal untuk menjaga keselamatan pada perhimpunan tersebut.

"Saya percaya, sekiranya pihak polis bekerjasama dengan kami, kita akan merasai keseronokan perhimpuanan aman ini," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ambiga turut menuntut pihak berkuasa menghentikan tekanan terhadap penyokong Bersih dan membebaskan serta-merta mereka yang ditahan di bawah Akta Ordinan Darurat baru-baru ini.

“Pendakwaan terhadap mereka yang ada kaitan dengan Bersih perlu ditarik balik atau digugurkan,” katanya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu juga mahu sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi mengkaji tuntutan Bersih yang mendesak penambaikan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

“Suruhanjaya ini perlu ditubuhkan untuk mengkaji secara menyeluruh kelemahan-kelemahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta mencadangkan penambahbaikan kepada sistem dan proses pilihan raya yang sedia ada.

"Ia hendaklah dianggotai mereka yang berkaliber dan mewakili semua pihak yang berkepentingan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan