Segera Mohon Permit Perhimpunan 9 Julai - Khalid

Diterbitkan: Rabu, 6 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjur Sabtu ini yang merancang mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, diminta mengemukakan permohonan permit dengan kadar segera untuk pertimbangan polis.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, biasanya penganjur perlu mengemukakan permohonan seminggu sebelum mengadakan perhimpunan, namun dalam situasi ini, mereka diberi keutamaan untuk memohon permit dalam masa yang singkat.

"Untuk perhimpunan 9 Julai ini, kita akan bantu, akan permudahkan (proses permohonan permit) untuk adakan perhimpunan itu di stadium... Ini keutamaan khas kepada mereka, jadi segeralah memohon. Kita akan beri kerjasama yang sepatutnya," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman.

Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan penganjur yang menganggap perhimpunan mereka sudah diluluskan, jadi tidak perlu memohon permit kerana mendapat kebenaran kerajaan untuk mengadakannya di stadium.

"Memang kerajaan dah benarkan perhimpunan itu boleh dibuat di stadium, tapi ini tak bermaksud perhimpunan itu boleh diteruskan tanpa memohon permit. Ia (perhimpunan) tetap haram sebab tak ada permit, dan mereka yang terlibat kerana menyertai perhimpunan itu boleh ditangkap," katanya.

Beliau berkata setakat ini, polis tidak menerima sebarang permohonan dari mana-mana pihak untuk menganjurkan perhimpunan di mana-mana tempat, termasuk di stadium.

"Kelulusan permohonan itu juga bergantung kepada banyak faktor, antaranya mengambil kira tentang keselamatan orang ramai, yang menjadi keutamaan polis. Ia juga perlu melihat sekiranya tuan punya tempat tu bagi keizinan atau tidak," katanya.

Mengenai tuntutan agar enam individu yang ditahan mengikut Ordinan Darurat, beliau berkata ia tidak akan dilayan kerana polis mempunyai alasan kukuh berikutan tindakan mereka mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan