Perhimpunan Di Stadium Merdeka Ditentukan Polis - Najib

Diterbitkan: Rabu, 6 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan untuk membenarkan perhimpunan diadakan di Stadium Merdeka pada Sabtu ini akan dibuat oleh pihak berkuasa terutamanya polis.

"Itu kita serah kepada pihak berkuasa terutamanya polis untuk tentukan keselamatan dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas melancarkan Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia di sini.

Beliau berkata sekiranya ada permohonan rasmi daripada penganjur untuk mengadakan perhimpunan itu ia perlu memenuhi syarat antaranya ialah pertubuhan itu mestilah berdaftar.

Selain itu, ia juga perlu mematuhi syarat-syarat keselamatan yang akan dikenakan oleh polis, katanya.

Menjawab soalan wartawan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 adalah pertubuhan haram, beliau berkata: "Bersih adalah haram, ia tidak pernah berdaftar."

Ditanya bilakah pertemuan antara beliau dengan pengerusi perhimpunan itu, Datuk S.Ambiga, beliau berkata: "Saya tak kata akan jumpa Ambiga. Kerajaan boleh bermaksud orang lain yang boleh mewakili kerajaan... kerajaan tidak bermakna saya secara peribadi."

Najib juga berkata beliau masih belum menerima sebarang surat permohonan daripada Bersih untuk bertemu dengan beliau berhubung perhimpunan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan