Kempen 'Jom Shopping' Untuk Warga Emas

Diterbitkan: Rabu, 6 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan kempen 'Jom Shopping' kepada warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas di negeri itu.

Kempen tersebut akan dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 15 Julai ini.

Menurut Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail setiap warga emas yang layak akan diberikan kupon bernilai RM100 untuk berbelanja di pusat membeli belah terpilih di negeri itu.

“Saya menyeru kepada warga emas yang layak supaya mendaftarkan diri di mana-mana pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor.

“Kita akan memberi taklimat kepada semua pusat khidmat DUN pada 9 Julai ini. Saya berharap program ini dapat mengurangkan bebanan pihak tertentu terutamanya dengan kenaikan harga barang,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Rabu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan negeri, berkata pihak berkuasa tempatan akan menyediakan bas untuk membawa warga emas tersebut ke pusat membeli belah terpilih dan mereka boleh berbelanja menggunakan kupon yang diberikan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan