KBS Tidak Benarkan Perhimpunan Di Stadium Nasional

Diterbitkan: Rabu, 6 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak akan membenarkan perhimpunan 9 Julai diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil jika penganjurnya meminta berbuat demikian.

"Jika mereka berkeras mahu mengadakan perhimpunan, buatlah di Stadium Shah Alam," katanya merujuk kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menawarkan Stadium Shah Alam kepada penganjur perhimpunan itu.

Ahmad Shabery juga menasihatkan golongan belia supaya tidak melibatkan diri dengan perhimpunan itu, yang merupakan aktiviti tidak berfaedah dan merugikan negara.

"Remaja yang berfikiran waras tidak akan menyertai perhimpunan haram yang tidak mendatangkan sebarang manafaat.

"Adalah lebih baik remaja menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah," katanya kepada pemberita di sini. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan