Bengkel Pelaksanaan Parlimen Belia Kenal Pasti Model Parlimen Belia

Diterbitkan: Rabu, 6 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bengkel Pelaksanaan Parlimen Belia yang bermula pada Selasa akan menentukan bentuk model dan sistem pelaksanaan Parlimen Belia, yang dijangka memulakan persidangannya hujung tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata bengkel itu akan mengenal pasti ciri-ciri dalam model tersebut termasuk umur ahli, lokasi dan isu yang hendak dibincangkan dalam persidangan Parlimen Belia itu nanti.

"Kita ada beberapa pilihan tentang model apa yang hendak dipakai atau kita mahu membina model kita sendiri. Semuanya akan dibentangkan dan kita mahu jawatankuasa dalam bengkel ini dapat mengemukakan model itu.

"Ini adalah merupakan komitmen kerajaan, cuma pelaksanaan Parlimen itu memerlukan sedikit masa kerana kita perlu menentukan model itu, berapa kerap ia dijalankan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian bengkel itu di sini.

Beliau berkata menjelang persidangan itu, beberapa simulasi terhadap model-model yang dikenal pasti akan dilakukan bagi menentukan bentuk model yang sesuai.

Terdahulu, dalam ucaptamanya, Ahmad Shabery berkata pelaksanaan Parlimen Belia adalah satu kaedah dalam melahirkan golongan belia yang mempunyai minda kelas pertama selaras tuntutan negara maju.

"Kita bercakap mengenai negara maju menjelang 2020, oleh itu belia kita mesti mengubah gaya pemikiran, mesti berani, terampil dan memenuhi ciri-ciri sebagai seorang belia negara maju. Jadi ini adalah satu kaedahnya," katanya.

Bengkel tersebut yang berlangsung selama tiga hari, melibatkan lebih 40 wakil belia dari seluruh negara yang akan mengutarakan pandangan serta pendapat masing-masing dalam mencari kaedah pelaksanaan model Parlimen Belia.

Penubuhan Parlimen Belia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bulan lepas ketika perhimpunan sejuta belia di Putrajaya, bertujuan memberi peluang kepada golongan belia bersuara atau menyampaikan pendapat mereka mengenai sesuatu perkara mengikut saluran yang betul.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan