Adakan Perhimpunan Di Stadium Negeri Pembangkang

Diterbitkan: Rabu, 6 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengesyorkan agar penganjur perhimpunan pada Sabtu ini mengadakannya di stadium-stadium di negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang.

"Oleh kerana mereka menguasai beberapa negeri dan lantaran gerak kerja politik mereka di Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor, pilihlah tempat di negeri-negeri mereka.

“Negeri-negeri di mana kerajaan Barisan Nasional berkuasa dan mentadbir perlu menjadi pilihan kedua,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Briged Komunikasi di pejabatnya di sini hari ini.

Rais berkata, memandangkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang menganjurkan perhimpunan itu bukan sebuah badan yang sah daripada segi undang-undang, maka permohonan mereka untuk menggunakan stadium di sini seperti Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapat dipertimbangkan.

"Oleh itu, perlu bagi kumpulan itu diwakili individu ataupun badan bukan kerajaan yang sah di sisi undang-undang untuk membuat permohonan bagi mengadakan perhimpunan itu bagi pihak Bersih, katanya.

Tindakan pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara semalam adalah satu pertemuan ikhlas yang diperkenankan oleh Seri Paduka. – BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan