Tranformasi Koridor Sungai

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail bersama Pengarah Jabatan Perancangan Bandar DBKL, Zainab Ghazali melihat pelan strategik Projek Nadi Kehidupan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail bersama Pengarah Jabatan Perancangan Bandar DBKL, Zainab Ghazali melihat pelan strategik Projek Nadi Kehidupan.

PROJEK Sungai Nadi Kehidupan bernilai RM 4 bilion merupakan sebahagian daripada projek Greater Kuala Lumpur yang bakal merubah wajah Kuala Lumpur sebagai salah satu daripada 20 bandar raya terkemuka di dunia.

Ia termasuk projek pemulihan 11 batang sungai sepanjang 10.7 kilometer dalam usaha memastikan Sungai Klang dan Sungai Gombak sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Datuk Bandar Kulala Lumpur, Tan Sri Ahmad Ismail berkata projek tersebut merangkumi usaha pembersihan sungai sepanjang 110 kilometer bagi kedua-dua sungai dengan kos sebanyak RM3 bilion dan tambahan RM1 bilion bagi usaha pengindahan koridor sungai sepanjang 10.7 kilometer di bandar raya ini.

Ahmad berkata proses pengindahan itu merangkumi 11 tempat bermula daripada koridor sungai di Titiwangsa, Pekeliling, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sime Darby, Dang Wangi, Raja Laut, Masjid Jamek, Stesen Kereta Api, Brickfields, Kuala Lumpur Sentral dan Seputeh.

“Fasa pertama akan dimulakan di kawasan Titiwangsa. Ini termasuk pelan untuk membina jambatan, rangkaian laluan berbasikal dan pejalan kaki.

“Objektif utama adalah untuk menghubungkan laluan kedua-dua sungai dengan membina jaringan pengangkutan air yang boleh digunakan oleh orang awam,” katanya.

Beliau turut melancarkan seminar dua hari ‘Projek Sungai Nadi Kehidupan’ di institut latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Bandar Tun Razak pada Isnin.

Sebanyak 40 lot tanah kosong telah dikenalpasti untuk projek sungai tersebut.

“Lot tanah ini telah lama ditinggalkan dan ia akan dibangungkan semula kawasan sekitar projek sungai ini.

“Sebagai contoh kawasan sekitar Masjid Jamek merupakan kawasan tumpuan pelancong. Selain itu ada juga cadangan untuk menyediakan kemudahan menaiki bot dan menyusuri sungai di kawasan tersebut seperti yang terdapat di Melaka,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Fuad berkata cabaran utama yang dihadapi adalah usaha pembersihan sungai sepanjang 110 kilometer serta usaha penempatan semula penduduk setinggan dan kilang haram di sekitar kawasan yang digazetkan.

Sebanyak lima syarikat telah disenarai pendek yang bakal diberikan kontrak projek pengindahan sungai tersebut. Mereka akan dinilai daripada aspek skop kerja, reka bentuk, daya maju ekonomi dan keaslian.

Tiga syarikat antarabangsa dan dua syarikat tempatan akan menyertainya. Orang ramai boleh melihat dan mengundi di laman web www.riveroflife.com.my hingga 28 Julai ini.

Sebuah panel yang terdiri daripada pakar akan dilantik untuk membuat penilaian terhadap pelan tersebut. Mereka akan dinilai daripada dua aspek iaitu undian daripada orang ramai sebanyak 20 peratus dan 80 peratus daripada juri. Pemenang akan diumumkan pada 30 Julai ini.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan