SKMM Diminta Tidak Benar Pelarasan Harga Pakej Astro

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta supaya tidak meluluskan permohonan stesen televisyen berbayar Astro untuk melakukan pelarasan harga terhadap pakej yang ditawarkannya kepada pengguna mulai 11 Julai ini.

Senator Datuk Mohd Najeeb Abdullah berkata ini kerana Astro mempunyai jumlah pelanggan yang tinggi dan memperoleh sumber kewangan yang tetap.

"Saya difahamkan Astro mempunyai pelanggan lebih tiga juta orang dengan jumlah keuntungan yang berjuta-juta ringgit. Ternyata keuntungan ini sudah cukup membuktikan Astro mampu menanggung kos operasi siaran mereka.

"Apabila stesen ini membuat pelarasan harga, ia akan mendatangkan bebanan baru kepada pengguna," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Negara.

Sebelum ini Kabinet telah memutuskan bahawa Astro tidak boleh menaikkan tarif perkhidmatannya selagi ia tidak mendapat kebenaran daripada SKMM.

Kabinet berpendapat Astro tidak wajar menaikkan sebarang tarif berkaitan perkhidmatan mereka.

Mohd Najeeb berkata SKMM perlu memainkan peranan dan tanggungjawab penting dalam mengawal selia stesen tersebut agar tindakan mereka tidak membebankan rakyat.

"Melalui kawalan selia oleh SKMM, saya percaya pihak Astro tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga siaran bulanan mereka," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan