Pendaftaran Secara Automatik Sulitkan Pemilih - SPR

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum bercadang untuk melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun.

SPR menjelaskan cadangan itu boleh menimbulkan kesulitan kepada pemilih ekoran sebahagian besar rakyat Malaysia pada masa ini tidak tinggal di alamat yang tercatat dalam kad pengenalan mereka.

"Ini kerana jika alamat yang tertera di dalam kad pengenalan ataupun yang terdapat di pangkalan data alamat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan pemilih itu menetap di alamat tertentu.

"Sedangkan mereka telah berpindah ke alamat baru tetapi tidak membuat pertukaran alamat di JPN dan SPR, maka pemilih itu tidak didaftarkan berdasarkan alamat bermastautin yang lama," kata SPR dalam Buku Penjelasan Terhadap Isu-Isu Yang Dibangkitkan Mengenai Pilihan Raya terbitan Suruhanjaya itu.

SPR berkata jika ramai pemilih berpindah tetapi tidak memaklumkan kepada JPN, ia khuatir pemilih tidak akan kembali mengundi jika pusat mengundi terletak jauh dari kediaman mereka. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan