Najib: K'jaan Sedia Bertemu Bersih Untuk Kenalpasti Stadium

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan bersedia untuk bertemu dengan pihak penganjur Perhimpunan Bersih 2.0 bagi mengenalpasti stadium yang sesuai bagi mereka mengadakan perhimpunan yang dijadualkan Sabtu ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berkata demikian menegaskan, kerajaan belum mengenalpasti atau menetapkan stadium mana yang boleh ditawarkan kepada pihak penganjur perhimpunan itu.

“Kerajaan pun masih belum dimaklumkan oleh mereka lagi. Jadi kita tunggu dan akan respon sebagaimana sepatutnya," ujar perdana menteri.

Bagaimanapun kata Najib, tawaran itu bergantung kepada beberapa syarat seperti ia mesti dilakukan secara aman.

“Mereka mesti datang secara aman, lakukannya secara aman dan pulang secara aman," kata Najib dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Agensi Inovasi Malaysia di sini Selasa.

Najib ditanya sama ada kerajaan telah menentukan stadium manakah yang akan ditawarkan kepada penganjur Bersih nanti.

Perdana Menteri juga berkata, Pergerakan Pemuda Umno telah menyatakan kepadanya bahawa mereka dengan ini turut membatalkan perhimpunan yang dijadualkan pada hari yang sama.

Malah kata Najib, jika Umno mahu menunjukkan respon kepada apa yang ingin dilakukan oleh Bersih, mereka akan dapat menghimpunkan orang lebih ramai daripada apa yang ingin dilakukan oleh Bersih.

Bagaimanapun Najib memberitahu bahawa beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana menghormati apa yang telah dititah dan disarankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan