Kumpulan Naza Taja RM65,000 Biayai Kos Reka Cipta Kenderaan Solar

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SM Faisal (tiga dari kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM65,000 kepada Naib Canselor Universiti Taylor, Profesor Datuk Dr. Hassan Said (tiga dari kanan). Foto The Star/SAM THAM
SM Faisal (tiga dari kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM65,000 kepada Naib Canselor Universiti Taylor, Profesor Datuk Dr. Hassan Said (tiga dari kanan). Foto The Star/SAM THAM

SUBANG JAYA: Kumpulan Naza memberi tajaan sebanyak RM65,000 kepada Universiti Taylor Kampus Lakeside bagi membiayai kos reka cipta kenderaan solar sempena pertandingan Shell Eco-Marathon Asia 2011 yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula Rabu ini.

Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin berkata tajaan itu merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat konglomerat tersebut dalam usaha mengukuhkan rangkaian jenamanya.

"Kami amat menyokong inisiatif penuntut Universiti Taylor untuk terlibat dalam pertandingan berkisarkan reka cipta kenderaan.

"Usaha ini akan menjadi pemangkin kepada industri automatif untuk menghasilkan kenderaan mesra alam pada masa hadapan," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Terdahulu SM Faisal merasmikan Majlis Memperkenalkan Kenderaan Solar hasil ciptaan penuntut tahun pertama bidang kejuruteraan universiti berkenaan.

Pada pertandingan yang turut disertai 121 pasukan dari pelbagai universiti seluruh Asia, Universiti Taylor bakal mempertaruhkan kenderaan berkonsepkan tenaga solar yang menyerupai bentuk ikan lumba-lumba.

Ketua pasukan Universiti Taylor, Low Kean Peng, berkata, penggunaan sistem 'hand drill' yang diaplikasikan dalam kenderaan itu menjadikannya kelihatan lebih unik berbanding kenderaan yang dihasilkan pasukan lain.

"Percubaan pertama kami untuk menggunakan sistem hand drill ternyata membuahkan hasil. Kenderaan itu turut digerakkan sepenuhnya menggunakan dua tayar di bahagian belakang dan mampu bergerak pada kelajuan 40 kilometer sejam," jelasnya.

Bagaimanapun, pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal itu mengakui persaingan pada pertandingan tersebut tampak sengit kerana kenderaan solar memerlukan bantuan cahaya matahari untuk bergerak sepenuhnya.

"Keupayaan kenderaan kami untuk bergerak akan bergantung sepenuhnya kepada faktor cuaca dan kemahiran pemandu. Jika keadaan cuaca tidak menentu, kenderaan kami tidak dapat bergerak dengan efisien," ujarnya.

Ketika ditanya mengenai tempoh masa yang diperlukan untuk menghasilkan kenderaan itu, Kean Peng memberitahu kerja pemasangan kenderaan solar tersebut mengambil masa sekurang-kurangnya selama tiga minggu untuk siap sepenuhnya.

"Sepanjang tempoh tiga minggu itu, kami tidak cukup tidur. Kami ingin memastikan kenderaan yang dihasilkan memenuhi kriteria ditetapkan para juri," katanya.

Tambah Kean Peng, mereka turut mendapatkan khidmat nasihat daripada pensyarah dan pakar dalam industri automotif berhubung kesesuaian reka bentuk dan aplikasi teknologi yang digunakan pada pertandingan itu.

Selain Kean Peng, pasukan itu turut disertai Nur Fatinah Abd Aziz, Firnaaz Ahamed, Wong Zhou Hing dan Louis Chia Wai Kit.

Dari segi pengiraan markah, kenderaan yang mampu bergerak pada jarak paling jauh dengan bantuan tenaga minimum akan dinobatkan selaku juara dan bakal memenangi wang tunai bernilai AS$3,000.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan