Ketepikan Rasa Ragu-Ragu - Najib

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak menyeru sektor awam dan swasta supaya mengenepikan rasa ragu-ragu dan cabaran bukan sahaja bagi diri mereka sendiri malah juga demi kepentingan rakyat.

Beliau memuji sektor awam dan swasta kerana telah berusaha keras, yang sehingga ini, telah menghasilkan keputusan yang cemerlang, terutama sekali dengan pelaksanaan dengan segera pelbagai inisiatif di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi ekonomi (ETP).

"Kita mempunyai potensi besar dan masa untuk melaksanakannya ialah sekarang ini. Marilah kita tunjukkan kepada dunia apa yang boleh kita lakukan," katanya di dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis kemas kini ketujuh ETP di sini hari ini.

Inisiatif enam pembaharuan strategik berkenaan turut dilancarkan hari ini. Sehingga hari ini, sejumlah 82 peratus daripada 65 inisiatif projek permulaan (EPP) dengan pelaburan RM170 bilion telah mula beroperasi dengan baki 18 peratus berada pada pelbagai peringkat kemajuan kerja.

Unjuran Pendapatan Kasar Negara dari projek itu ialah RM220 bilion manakala lebih 360,000 pekerjaan baharu akan diwujudkan sejajar dengan matlamat kerajaan.

Pada Julai sahaja, Malaysia akan menyaksikan lebih banyak lagi inisiatif utama akan dimulakan.

Antaranya ialah pelancaran laluan projek transit pantas massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang yang merupakan sebahagian projek MRT Lembah Klang yang sangat dinanti-nantikan, katanya.

"Cakap sememangnya mudah tetapi hasil yang dicapai akan memberi manfaat kepada semua pihak. Sejak 18 bulan lepas, selepas memerah minda, kita beriltizam untuk membuktikan kepada dunia bahawa, dengan satu hati dan satu tumpuan, kita akan menzahirkan program tersebut," katanya.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata berasaskan Laporan Daya Saing Global 2010 oleh World Economic Forum, Malaysia kini ditempatkan pada kedudukan ke-26, di belakang Singapura, Jepun dan Hong Kong.

"Kita mahu melakukan yang lebih baik lagi," katanya, sambil menyatakan bahawa usaha kerajaan untuk mencapai pertumbuhan dan kuasa ekonomi melalui pembaharuan akan membolehkan Malaysia bersaing secara kukuh di dalam arena global. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan