Kerajaan Naik Taraf Akses Internet Negara - Berita Semasa | mStar

Kerajaan Naik Taraf Akses Internet Negara

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelbagai langkah sedang diambil oleh kerajaan bagi menaik taraf kelajuan dan kualiti akses internet di negara ini agar setanding dengan negara-negara maju.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata bagi meluaskan liputan internet di Malaysia, projek menara T3 di bawah Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) akan menyediakan liputan sehingga 97 peratus di kawasan berpenduduk dan boleh digunakan untuk menambah liputan 3G (jalur lebar mudah alih).

Menjawab soalan Dr Syed Husin Ali pada persidangfan Dewan Negara hari ini, beliau berkata setakat ini kadar liputan jalur lebar termasuk 3G adalah 80 peratus di kawasan berpenduduk.

"Pada masa ini, kelajuan akses internet dari aspek keperluan aplikasi semasa adalah setanding dengan negara-negara serantau seperti China, India dan Filipina," katanya.

Salang berkata kelajuan jalur lebar pengguna yang ditawarkan oleh pemberi perkhidmatan adalah antara 384kbps dan 20Mbps manakala bagi kegunaan perniagaan adalah sehingga 1Gbps.

Katanya antara usaha yang sedang diambil untuk menaik taraf kelajuan dan kualiti internet di negara ini ialah meningkatkan kapasiti dan kualiti teras iaitu rangkaian tulang belakang dan meningkatkan keupayaan rangkaian antarabangsa termasuk membangunkan infrastruktur baru seperti stesen pendaratan kabel dasar laut.

Kerajaan juga menggalakkan pertukaran trafik internet dalam negara dengan mewujudkan lebih banyak pusat pertukaran trafik internet (MyIX) dan menggalakkan pemberi kandungan utama antarabangsa seperti Yahoo dan Facebook meletakkan pelayan laman web mereka di Malaysia bagi mengurangkan pengaliran trafik internet keluar negara, kata Salang. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan