Kerajaan Komited Pastikan Rakyat Sedar Tentang Keselamatan Jalan Raya

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kerajaaan komited memastikan setiap rakyat di negara ini mempunyai kesedaran yang tinggi dalam soal keselamatan jalan raya dan menanam budaya selamat dalam kehidupan seharian masing-masing.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata ini termasuk mengadakan kempen kesedaran melalui proses pendidikan di semua peringkat secara mapan dan berterusan.

Program pendidikan itu bukan sahaja dilakukan melalui proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kurikulum keselamatan jalan raya sedia ada di peringkat sekolah tetapi mendapat sokongan berlanjutan aktiviti kempen advokasi yang beterusan melalui pelbagai saluran media dan program kesedaran komuniti, katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Bagaimanapun, katanya keberkesanannya dijangka akan lebih meningkat sekiranya kesemua institusi pekerjaan seperti pejabat kerajaan, swasta serta seluruh majikan melakukan bersama kempen kesedaran di premis masing-masing secara berterusan bagi membudayakan keselamatan kepada setiap pekerja.

"Majikan sewajarnya membuat program secara menyeluruuh merangkumi bukan sahaja keselamatan di premis pekerjaan tetapi di luar premis khususnya semasa pekerja memandu pergi dan balik ke tempat kerja atau semasa melaksanakan pekerjaan seperti mereka yang bekerja sebagai pemandu kenderaan.

"Saya percaya melalui pendekatan bersama antara majikan dan pihak kesatuan sekerja, yang sentiasa berganding bahu meningkatkan kesedaran ini, akan mampu mengurangkan kadar kematian," katanya.

Abdul Rahim berkata sehingga tahun lepas sahaja, kadar kematian di jalan raya mencecah 6,835 kematian setahun atau 19 kematian sehari manakala kerugian purata kos sosial yang terpaksa di tanggung negara pula ialah sekitar RM9 bilion setiap tahun. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan