Dewan Negara Lulus Tiga Rang Undang-Undang

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Maktab Kerjasama (Perbadanan) (Pindaan) 2010 adalah antara tiga rang undang-undang yang diluluskan persidangan Dewan Negara di sini, Selasa.

Rang undang-undang itu bertujuan menubuhkan Kolej Koperasi Malaysia bagi menggantikan Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dalam usaha melonjakkan sektor koperasi di negara ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata, menerusi pindaan itu, MKM akan lebih berdaya saing dalam melahirkan pembangunan modal insan selain memperkukuhkan gerakan koperasi di negara ini.

"Fungsi kolej ini antara lain untuk menganjurkan kursus-kursus peringkat diploma dalam pengajian koperasi dan pelbagai program lain yang dapat meningkatkan prestasi sektor berkenaan di negara ini," katanya.

Dua lagi rang undang-undang yang turut diluluskan ialah Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2011 dan Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011 yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Kesemua rang undang-undang tersebut diluluskan tanpa sebarang pindaan.

Persidangan dewan disambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan