Bersih Batal, Perkasa Batal - Ibrahim

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) bertegas mahu meneruskan perhimpunan pada Sabtu ini sekiranya penganjur Perhimpunan Gabungan Bersih dan Adil (Bersih) tudak berhasrat membatalkan perarakan mereka.

Bagaimanapun, Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata keputusan akhir mengenainya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa parti pada Rabu ini.

"Ini cuma pandangan peribadi saya sebagai presiden Perkasa. Kita akan ikut Bersih, Kalau dia kata A, kita pun buat A. Kalau Bersih kata B, kita pun B juga,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di sini, Isnin.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menegaskan pendirian itu tidak bermakna beliau tidak akur kepada titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

“Perkasa mahu memastikan keselamatan negara kita terjamin dan imej negara tidak terjejas dengan perhimpunan haram seperti ini,” katanya.

Pada Ahad, Tuanku Mizan bertitah supaya rakyat di negara ini tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara luar kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Baginda turut bertitah supaya pihak kerajaan melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Mengenai cadangan Bersih memohon menghadap Seri Paduka, Ibrahim menyifatkan tindakan tersebut sebagai biadap dan tidak mengikut budaya Melayu.

“Ini perhimpunan haram, saya rasa ini merendahkan martabat Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu, Perkasa tidak akan memohon menghadap kecuali jika dititahkan untuk berbuat demikian,” katanya

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan