Bersih Batal Demo Jalanan, Buat Program Di Stadium

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga akhirnya akur dengan saranan kerajaan untuk membatalkan perhimpunan haram jalanan yang dijadual pada Sabtu ini.

Bagaimanapun beliau menerima tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk menganjurkan perhimpunan berkenaan di dalam stadium.

"Sekarang kita ambil keputusan untuk tidak mengadakan demonstrasi di jalanan, tapi ubah ke stadium...stadium mana kita akan bincang dengan kerajaan," katanya ketika ditemui di Istana Negara di sini, Selasa.

Beliau dilihat memasuki di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin kira-kira pukul 1.55 petang.

Turut serta bersamanya ialah, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin.

Ambiga keluar pada pukul 3.20 petang.

Dalam pada itu Ambiga berkata, beliau menjunjung titah Seri Paduka berhubung saranan untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan Bersih melalui perbincangan.

"Saya gembira kerana dapat menghadap Yang di-Pertuan Agong. Ia adalah satu pertemuan yang membuahkan hasil" katanya.

Ahad lalu, Istana Negara mengeluarkan titah khas yang menasihatkan rakyat mengelakkan kemusnahan negara dengan menyelesaikan satiap permasalahan melalui rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Seri Paduka bertitah rakyat Malaysia tidak boleh terikut-terikut dengan amalan negara luar kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu dipertahankan semua pihak.

iklan

Video

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Kolumnis

iklan

Iklan