Perhimpunan Bersih: Pimpinan PAS Akan Menghadap Agong - Berita Semasa | mStar

Perhimpunan Bersih: Pimpinan PAS Akan Menghadap Agong

Diterbitkan: Isnin, 4 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pucuk pimpinan tertinggi PAS akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam tempoh terdekat dipercayai untuk membincangkan isu berkaitan perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata parti itu telah menghantar surat memohon menghadap Seri Paduka dan menjangkakan untuk menerima keputusan mengenainya pada Isnin atau Selasa .

Beliau berkata PAS akan diketuai Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penolong Setiausaha Agung Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi bersama beberapa lagi pimpinan tertinggi serta beliau sendiri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

"Pandangan Yang di-Pertuan Agong hari ni amat amat baik, baginda meminta (rakyat) menjaga ketenteraman awam, menjaga keselamatan dan jangan menimbulkan sebarang bentuk (perlakuan) merosakkan harta benda dan keamanan.

"Inilah raja perlembagaan yang betul, betul menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut yang ada sekarang ini," katanya ketika berucap pada majlis "PAS Ganti Umno" di kawasan Ladang malam Ahad.

Katanya PAS menyambut baik titah khas Seri Paduka yang dikeluarkan Istana Negara malam tadi, menasihatkan rakyat mengelakkan kemusnahan negara dengan menyelesaikan setiap permasalahan melalui rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Seri Paduka bertitah rakyat Malaysia tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan negara luar kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara, yang perlu dipertahankan semua pihak. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan