Perhimpunan Bersih Batal Jika Tuanku Mizan Menitahkannya - Ambiga

Diterbitkan: Isnin, 4 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perhimpunan haram anjuran Gabungan untuk Pilihan Raya yang Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadual diadakan Sabtu ini akan dibatalkan sekiranya Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan supaya tidak diteruskan.

Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga berkata, pihaknya menjunjung titah Seri Paduka terutamanya supaya diadakan perbincangan mengenai tuntutan yang dibawa oleh Bersih.

Bagaimanapun beliau berharap dapat menghadap baginda dalam masa terdekat untuk menyuarakan hasrat yang diperjuangkan Bersih.

Ditanya sama ada perhimpunan Bersih akan dibatalkan sekiranya Tuanku Mizan bertitah agar ia tidak diteruskan, Ambiga berkata: "Ya".

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini, Isnin.

Namun Ambiga menegaskan bahawa satu pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat berhubung status sebenar perhimpunan berkenaan.

"Sebenarnya kita sudahpun buat keputusan semalam dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Bersih, cuma sekarang kita mahu persembahkan keputusan berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menghormati Seri Paduka.

"Kita akan buat pengumuman yang sepatutnya pada masa itu," katanya.

Berhubung sekiranya permohonannya gagal, Ambiga berkata satu pengumuman rasmi mengenainya juga akan dibuat sebelum Sabtu ini.

Katanya, surat permohonan menghadap baginda akan dihantar pada hari ini.

Sementara itu mengulas mengenai titah khas Tuanku Mizan yang dikeluarkan Istana Negara pada Ahad malam, Ambiga berkata, jawatankuasa Bersih menjunjung serta akan mematuhi titah berkenaan.

"Bersih akan patuh kepada titah Yang di-Pertuan Agong untuk berdialog ke arah mewujudkan satu konsensus nasional bagi reformasi sistem pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi di Malaysia," katanya.

Dalam pada itu beliau juga mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan mengenai perhimpunan Bersih khususnya berkaitan titah Tuanku Mizan.

"Saya diberitahu oleh seorang kenalan bahawa Tun Abdullah mahu bertemu saya. Saya berterima kasih kepada Tun Abdullah diatas nasihat yang beliau berikan berhubung isu ini," katanya.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan tidak akan menghalang perhimpunan berkenaan sekiranya diadakan di dalam stadium, Ambiga berkata perkara itu perlu dibincangkan bersama jawatankuasanya terlebih dahulu.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan