PAS Akan Mohon Menghadap Agong

Diterbitkan: Isnin, 4 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS akan menghantar wakil untuk memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam tempoh terdekat bagi membincangkan mengenai Perhimpunan Gabungan Bersih dan Adil (Bersih) yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan memohon menghadap Seri Paduka bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul mengenai Perhimpunan Bersih 2.0.

"PAS bersedia untuk menghantar wakil bersama dengan Bersih 2.0 dan rakan dalam Pakatan Rakyat serta semua pihak yang cintakan keamanan untuk berunding dan seterusnya mengadap Seri Paduka bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul hasil dari liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman ini.

"Kesan dari salah faham ini telah menimbulkan provokasi pihak tertentu yang memberi gambaran seolah-olah keadaan sudah tidak terkawal sehingga undang-undang negara juga sudah tidak dihormati lagi olehpihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Abdul Hadi berkata, PAS menjunjung tinggi titah bginda mengenai isu perhimpunan Bersih 2.0.

"Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini.

"PAS percaya bahawa asas penyebab utama bantahan ini perlulah dikaji selidik dengan hati terbuka dan penuh keikhlasan, terutamanya oleh pihak kerajaan," katanya.

Jelasnya, perkara tersebut selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong supaya pihak kerajaan wajar untuk melaksanakan amanah dengan secara adil dan bijaksana.

"Tercetusnya idea bantahan ini adalah kerana terlalu banyak kelemahan dalam sistem pilihanraya di Malaysia dengan berlakunya penipuan, rasuah serta salah guna kuasa media secara tidak demokratik.

"Keadaan ini semakin buruk walaupun kita telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun dan sudah dua belas kali pilihanraya umum diadakan," katanya.

Pada Ahad, Tuanku Mizan bertitah supaya rakyat di negara ini tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara luar kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Baginda turut bertitah supaya pihak kerajaan melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

"Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun,” titah baginda dalam perutusan khas mengenai Perhimpunan Bersih 9 Julai ini.

Lajnah Politik PAS turut mengadakan mesyuarat khas bagi membicangkan titah Seri Paduka baginda yang dikeluarkan pada Ahad.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempengerusikan mesyuarat khas yang berlangsung selama sejam di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah, Mustafa Ali, Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar dan beberapa pimpinan pusat PAS yang lain.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan