Laporan Pemeriksaan Pembangunan Di Lereng Bukit Dan Tanah Tinggi Siap Tidak Lama Lagi

Diterbitkan: Isnin, 4 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan hasil pemeriksaan ke atas bangunan-bangunan yang dibina di lereng bukit dan tanah tinggi oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri tidak lama lagi, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Isnin.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Lajim Ukin berkata maklumat tersebut sedang dikumpulkan sejak arahan berbuat demikian dikeluarkan pada 27 Mei lepas ekoran kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang mengorbankan 16 nyawa.

"Pihak kementerian akan menjalankan analisa tahap bahaya dan risiko cerun kepada bangunan-bangunan tersebut. Laporan dijangka siap pada penghujung bulan Julai untuk dilaporkan kepada Jemaah Menteri," katanya ketika menjawab soalan Senator Doris Brodie.

Doris meminta supaya menyatakan langkah-langkah drastik yang diambil oleh kementerian dalam memantau aktiviti pembangunan tanpa kawalan di cerun berisiko tinggi di atas tanah berstatus pertanian ekoran kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim Hulu Langat baru-baru ini.

Lajim berkata kementerian juga bekerjasama dengan Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Institut Kejuruteraan Awam Malaysia (IKRAM) mengadakan seminar tahunan mengenai Keselamatan Cerun dan Garis Panduan Pembangunan di kawasan Bukit kepada pegawai-pegawai PBT sejak tahun 2008 hingga 2011.

Beliau berkata seminar-seminar berikut dijalankan bagi meningkatkan kefahaman dan kompetensi pegawai-pegawai PBT dalam menjalankan penguatkuasaan.

Selain itu, Lajim berkata kementerian juga telah mengeluarkan 'Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi melalui Pekeliling Ketua Setiausaha KPKT Bil 6 tahun 2009 kepada semua Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan PBT bertujuan memberi penjelasan serta panduan dalam membuat perancangan pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi.

Katanya, semua permohonan kelulusan pembinaan pembangunan di lereng bukit dan tanah tinggi perlu merujuk kepada garis panduan itu manakala jika permohonan melibatkan puncak atau lereng bukit dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan sensitif alam sekitar pula perlu mendapatkan nasihat daripada Majlis Perancang Fizikal Negara.

Beliau turut meminta penduduk yang mendiami rumah berhampiran lereng bukit dan tanah tinggi supaya bekerjasama dan melaporkan segera kepada PBT sekiranya terdapat tanda-tanda kegagalan cerun dan hakisan tanah di kawasan kediaman mereka.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan